NAMA :Aina Sholehah Binti Mohd Rosdi
UMUR

: 12 Tahun

AHLI

:26 NOVEMBER 2023

Latar belakang

Aina Sholehah Binti Mohd Rosdi atau lebih mesra dipanggil Aina mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 11 tahun di NADI Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak yang sentiasa bersemangat untuk mempelajari ilmu baru.

Adik Aina merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang ICT seperti suntingan gambar dan video. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Adik Aina menghadiri kelas ICT di NADI Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Aina rajin hadir ke kelas ICT yang diadakan di NADI Taman Keruing Rasa seperti bengkel pengenalan asas perkakasan komputer, emel, suntingan gambar dan suntingan video.

Selain itu, Aina gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di NADI seperti komputer dan internet untuk bermain permainan pendidikan dalam talian seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Tambahan lagi, Aina juga bermain permainan pendidikan am seperti teka bendera dan teka jata negeri. Aina juga mengikuti kelas STEM/IOT & soft skills. Beliau didedahkan dengan advokasi Klik Dengan Bijak di NADI Taman Keruing Rasa

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kini Aina telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke NADI untuk mengasah lagi bakat dalam menyunting video dan gambar menggunakan aplikasi Capcut dan Canva

 

 


Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan yang dihadiri

Picture1 Picture2

Picture3 Picture4

Picture5 Picture6

Picture7 Picture8

Picture9 Picture10

Picture11 Picture12 

Picture13 Picture14

Picture15 Picture16

Advokasi Klik Dengan Bijak.

Picture17 Picture18

 

 

 

 

 

NAMA Nurul Farahin Binti Zalilah 
UMUR

: 33 Tahun

AHLI

:17 Januari 2024

 

Latar belakang

Puan Nurul Farahin Binti Zalilah baru memulakan perniagaan restorannya pada tahun ini iaitu Restoran Ulam Budu yang terletak di Taman Keruing Rasa. Antara menu yang disediakan ialah laksa, nasi lemak, nasi kerabu, nasi ayam dan lain-lain lagi untuk masakan tengah hari.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Nurul Farahin Binti Zalilah mempunyai pengetahuan asas berkenaan komputer dan internet, namun beliau juga tiada pengalaman dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian. Selain itu, Puan Nurul Farahin Binti Zalilah juga hanya menggunakan wang tunai sahaja untuk membuat pembayaran di restorannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Nurul Farahin Binti Zalilah menghadiri kelas latihan asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Keruing Rasa. Beliau telah dibantu oleh petugas NADI cara mendaftar dan mengemaskini lesen untuk perniagaan.  Beliau juga mempelajari cara untuk mempromosi tempahan makanan melalui platform Whatsapp.

Puan Nurul Farahin juga telah menyediakan pembayaran tanpa tunai secara dalam talian (cashless) MAE dari Maybank bagi memudahkan beliau untuk menguruskan kewangan perniagaannya.

Setelah dari itu, perniagaan mula bertambah baik. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2500 hingga RM3500.

 

 


 

  1. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Picture1   

 

  1. Produk / Hasil Transformasi

Picture2  Picture3  Picture4 

Picture5  Picture6  Picture7 

 

  1. Promosi di Media Sosial

Picture8

 

  1. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Picture9

 


 

KLIK VIDEO

 


 

 

 

NAMA :Muhammad Harraz Qayyum Bin Mohd Rozali
UMUR

: 11 Tahun

AHLI

:10 APRIL 2022

 

Latar belakang

Muhammad Harraz Qayyum Bin Mohd Rozali atau lebih mesra dipanggil Qayyum mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 10 tahun di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak yang sentiasa bersemangat untuk mempelajari ilmu baru.

Qayyum merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang ICT seperti suntingan gambar dan video. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Qayyum menghadiri kelas ICT di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Qayyum rajin hadir ke kelas ICT yang diadakan di PEDi Taman Keruing Rasa seperti bengkel asas Microsoft Word, Powerpoint, suntingan imej, dan suntingan video.

Selain itu, Qayyum gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi seperti komputer dan internet untuk bermain permainan dalam talian seperti permainan menaip dengan pantas, permainan teka bendera dan kuiz Klik Dengan Bijak. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Qayyum telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke PEDi untuk mengasah lagi bakat dalam menyunting video dan gambar menggunakan aplikasi Capcut dan Canva. Selain itu, beliau juga telah mengetahui fungsi yang terdapat pada Microsoft Office Word dan Powerpoint.


 

  • Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan yang dihadiri

Picture7 Picture6

Picture5 Picture3

Picture2 Picture1

Picture10 Picture12

 

 

NAMA :Azrirah Balqish Tiur Kurnia Binti Azman Nor
UMUR

: 12 Tahun

AHLI

:23 OKTOBER 2022

 

Latar belakang

Azrirah Balqish Tiur Kurnia Binti Azman Nor atau lebih mesra dipanggil Balqish mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 10 tahun di NaDi Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak yang sentiasa bersemangat untuk mempelajari ilmu baru.

Adik Balqish merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang ICT seperti suntingan audio, gambar dan video. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Adik Balqish menghadiri kelas ICT di NaDi Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Balqish rajin hadir ke kelas ICT yang diadakan di NaDi Taman Keruing Rasa seperti bengkel asas suntingan audio, imej dan suntingan video.

Selain itu, Balqish gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di NaDi seperti komputer dan internet untuk bermain permainan dalam talian seperti permainan teka bendera, permainan pendidikan Bahasa Melayu, STEM.IOT, advokasi dan kuiz Klik Dengan Bijak. Adik Balqish juga sering mengikuti kelas e-Tuisyen subjek Penguasaan Bahasa Jepun di NaDi Taman Keruing Rasa

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Kini Balqish telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke NaDi untuk mengasah lagi bakat dalam menyunting video, audio dan gambar menggunakan aplikasi Capcut, Reaper dan Canva. Adik Balqish juga gembira mengikuti kelas e-Tuisyen subjek Penguasaan Bahasa Jepun di NaDi Taman Keruing Rasa.

 


Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan yang dihadiri

Picture1  Picture2

Picture3  Picture4

Picture5  Picture6

Picture7  Picture8 

Picture9 


  

 

NAMA :Manja Ain Binti Che Kamarudin 
UMUR

: 32 Tahun

AHLI

:6 JULAI 2022

 

Latar belakang

Puan Manja Ain Binti Che Kamarudin baru memulakan perniagaan di depan rumahnya iaitu dengan menjual popia goreng homemade yang dibuatnya sendiri sambil berniaga menjual kuih yang lain dan air minuman. Puan Manja Ain juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman ini di sekitar Rasa.

Pada mulanya, beliau menjual produk ini kepada jiran-jiran terdekat dan kenalan di sekitar tempat tinggalnya. Kini beliau telah mengetahui bahawa terdapat platform lain untuk meningkat hasil jualan produk beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Manja Ain hanya menggunakan aplikasi Whatsapp sahaja untuk berhubung dengan pelanggan. Puan Manja Ain juga menjalankan perniagaan dengan menggunakan penulisan dan gambar sahaja. Beliau tidak mempunyai pengetahuan asas berkenaan komputer dan menggunakan aplikasi Canva untuk menyunting gambar produk beliau. Beliau merasakan agak sukar untuk mendapat hasil dengan hanya bergantung pada platform ini sahaja

.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Puan Manja Ain mengetahui bahawa PEDi Taman Keruing Rasa boleh menjadi tempat untuk membantu usahawan mempelajari cara membuat perniagaan dalam talian.

Beliau menghadiri kelas latihan asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Keruing Rasa. Beliau telah dibantu oleh petugas PEDi cara membuat akaun Facebook Page untuk perniagaan dan mempelajari cara menyunting gambar menggunakan aplikasi Canva.

Beliau menggunakan kemudahan internet di PEDi untuk mempelajari cara pemasaran terkini. Dengan hasil pembelajaran itu, beliau mengambil keputusan untuk menjadikan Facebook Page sebagai tempat untuk mempromosikan produk beliau dengan lebih meluas di sekitar daerah Hulu Selangor. Di samping itu, beliau juga kerap hadir ke PEDi bagi mempelajari ilmu asas ICT untuk suntingan gambar produk beliau menggunakan aplikasi Canva.

 


  • Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Picture5 Picture4

 

  1. Produk / Hasil Transformasi

Picture11 Picture10

 

  1. Promosi di Media Sosial

Picture14

 


 

  

KLIK VIDEO