NAMA :Muhammad Harraz Qayyum Bin Mohd Rozali
UMUR

: 11 Tahun

AHLI

:10 APRIL 2022

 

Latar belakang

Muhammad Harraz Qayyum Bin Mohd Rozali atau lebih mesra dipanggil Qayyum mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 10 tahun di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak yang sentiasa bersemangat untuk mempelajari ilmu baru.

Qayyum merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang ICT seperti suntingan gambar dan video. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Qayyum menghadiri kelas ICT di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Qayyum rajin hadir ke kelas ICT yang diadakan di PEDi Taman Keruing Rasa seperti bengkel asas Microsoft Word, Powerpoint, suntingan imej, dan suntingan video.

Selain itu, Qayyum gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi seperti komputer dan internet untuk bermain permainan dalam talian seperti permainan menaip dengan pantas, permainan teka bendera dan kuiz Klik Dengan Bijak. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Qayyum telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke PEDi untuk mengasah lagi bakat dalam menyunting video dan gambar menggunakan aplikasi Capcut dan Canva. Selain itu, beliau juga telah mengetahui fungsi yang terdapat pada Microsoft Office Word dan Powerpoint.


 

  • Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan yang dihadiri

Picture7 Picture6

Picture5 Picture3

Picture2 Picture1

Picture10 Picture12