SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) TAMAN KERUING RASA

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Taman Keruing Rasa menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 

Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan:

Printing/Fotostat

Binding/Laminate

Pembayaran Bil Utiliti (Ejen Bank BSN)

Perkhidmatan penggunaan komputer dan internet

 

WAKTU OPERASI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI):

Isnin - Ahad (Setiap Hari)            :9.00 pagi - 6.00 petang
 
Hari Pelepasan Am                      :Tutup
 
Rehat                                         :1.00 petang - 2.00 petang
 
                                                 :12.30 tengahari - 2.30 petang (Jumaat)
 
 
KENALI PETUGAS NADI :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) diselia oleh dua orang petugas. Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI dan menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami iaitu petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional   (NADI) Taman Keruing Rasa.

 
PENGURUS
 
Nama : Khairul Na'im Bin Shaari
Mula berkhidmat : 15 Mac 2022
 
 
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
Nama : Mohamad Fazli Nor Hakimi Bin Omar
Mula berkhidmat : 16 Disember 2022