KKB Paragliding Park


KKB Paragliding Park telah ditubuhkan sejak 2014, dan mula mengkomersialkan sepenuhnya pada 2018 untuk paragliding tandem, diselia oleh Cloudbass Enterprise. Ia diasaskan oleh Mohd Nazri Bin Sulaiman dan diperakui oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor.


Alamat : Taman Millenium Sports Complex, Jalan Ampang Pechah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Nombor Telefon : 0194311737
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

WhatsApp Image 2023-04-14 at 17.04.36

 

 


 

Sarang by The Brook


Sarang by The Brook merupakan koleksi rumah persendirian yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Mr.Chen iaitu pemilik tempat penginapan ini mendapat idea untuk menggunakan kontena sebagai blok asas bangunan penginapan. Penginapan bilik boleh memuatkan sehingga 35 orang dewasa dan sesuai untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, terdapat juga kolam renang sebagai tarikan utama kepada pengunjung yang membawa anak kecik bersama. Sarang by The Brook memberi keselesaan kepada pengunjung yang sangat meminati alam semula jadi.

Alamat : PT172, Jalan Seruling 20, Taman Seruling, 44000 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Nombor Telefon : 0193322448
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Website : http://www.sarangkkb.com/

3

 

 

 


 

Taman Tasik Milenium Kuala Kubu Bharu

Taman Tasik Milenium, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu (KKB) merupakan taman tasik yang menjadi tarikan menarik bagi penduduk sekitar Kuala Kubu Bharu. Pembangunan taman tasik ini telah menjadi tumpuan riadah selain ruang dinamik untuk menggalakkan interaksi sosial serta gaya hidup sihat. Taman yang dibuka bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam itu terletak 5km dari pekan Kuala Kubu Bharu menjadikan lokasi ini tidak jauh dari pusat bandar. Pengunjung yang ingin ke sini perlu melalui jalan Darul Quran kerana taman ini terletak dibelakang Darul Quran dan berjiran dengan Kem Bina Semangat, Yayasan Selangor, MRSM KKB dan IKBN Peretak. Pengunjung yang hadir akan melihat arca kepala buaya yang terletak di hadapan pintu masuk taman sebagai simbolik sejarah kawasan ini di mana pada masa dahulu terdapatnya buaya putih yang menyebabkan empangan sedia ada pecah sehingga menenggelamkan Kuala Kubu yang lama. Taman ini dilengkapi dengan kemudahan awam sepenuhnya.

 

 

 

 

 

WhatsApp Image 2023-04-15 at 11.57.55

 


 

 

 

 

 

 

SEJARAH RASA

Rasa membawa maksud deria rasa dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Cina, ianya adalah kata pindahan terus dari dialek orang Hakka. Pada awal penerokaan Rasa, kebanyakan pendatang Cina yang bekerja sebagai pelombong adalah berketurunan Hui Zhou (Fei Chow) dari Wilayah Guangdong. Tokong Tan Gong yang berusia hampir ratusan tahun merupakan saksi kepada perkembangan sejarah Rasa.

Pada permulaannya, orang Cina menyebut Rasa dengan Lak Sa Po. Papan nama Kelab Kuan Lok, Rasa yang bersejarah masih memaparkan Lak Sa Po dalam bahasa Cina pada hari ini. Sejarah China turut mencatatkan bahawa sebanyak 20 keluarga dari Hui Zhou telah berhijrah ke Lak Sa Po. Kampung Baru Rasa telah ditubuhkan lebih kurang 120 tahun dahulu. Walaubagaimanapun, apa yang nyata ialah penemuan bijih timah pada akhir kurun ke-20 telah menarik ramai pendatang Cina untuk mencari nafkah hidup di Rasa. Pada ketika itu, Rasa, Kuala Kubu Bharu dan Serendah merupakan pusat penghasilan bijih timah utama di daerah Ulu Selangor.

Rasa telah berubah menjadi satu pekan yang meriah dan makmur menjelang tahun 1900. Jumlah penduduk telah melonjak hingga ke angka 3000 hingga 4000. Perkhidmatan Bas Persekutuan dan laluan keretapi ke Pahang turut disediakan di Rasa. Kebanyakan pelombong di sini terdiri daripada orang Hakka dengan segelintirnya adalah orang Hokkien. Pada zaman kemuncaknya, Rasa mempunyai lebih 20 lombong terbuka dan 5 lombong berkapal korek. Taukeh lombong terkenal pada ketika itu termasuk Tan Boon Chia, Loke Yew dan Cheah Eng Wah. Dalam semua taukeh lombong, Tan Boon Chia merupakan taukeh lombong yang paling berpengaruh di Rasa. Pembinaan Banglo Tan Boon Chia Mansion menjadi mercu tanda Rasa pada ketika itu.

Tan Boon Chia berketurunan Hokkien, beliau berasal dari pekan Fong Lai di Wilayah An Xi. Catatan Buku Sejarah An Xi merekodkan bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1892. Beliau telah berhijrah ke Tanah Melayu bersama bapanya pada umur yang masih kecil. Beliau bermula sebagai pekerja lombong dan menjadi taukeh kecil lombong. Beliau kemudian beursaha gigih dan kejayaannya lebih menyerlah berbanding dengan bapanya.

Pada peringkat permulaan, beliau telah menambak kawasan lumpur dengan tanah bukit untuk penanaman getah. Beliau kemudian telah mengembangkan perniagaan perlombongan bijih timah hingga dari Selangor hingga ke Pahang dan Perak. Perkembangan pesat kedua-dua perniagaan getah dan bijih timah menjadikan beliau kaya raya. Lantaran itu, keluarga Tan telah membeli ladang getah dengan banyaknya. Selain syarikat berkait penanaman getah, beliau turut menubuhkan syarikat penerokaan dan pemprosesan marble. Beliau juga menjangkakan Rasa akan berkembang lebih pesat berbanding Kuala Lumpur. Oleh itu, dengan umur 26 tahun pada tahun 1918, beliau telah mencari tapak berkeluasan 5 hektar dan mendirikan banglo Tan Boon Chia Mansion yang begitu mewah sekali.

Menjelang Perang Dunia Kedua, kezaliman tentera Jepun selama 3 tahun dan 8 bulan telah menyebabkan segala aktiviti perniagaan di Rasa terhenti. Tan Boon Chia Mansion telah dirampas dan dijadikan sebagai ibu pejabat tentera Jepun. Ramai orang Cina dikatakan telah didera, dibunuh dan terus ditanam di belakang rumah agam tersebut. Satu lagi kepercayaan mengatakan bahawa seorang wanita Jepun yang berkahwin dengan orang Cina tempatan telah berjaya menyelamatkan sebilangan besar orang yang tidak bersalah dari dibunuh dengan kebolehannya berkomunikasi dan berunding dengan tentera Jepun.

Selepas perang tamat, rumah agam tersebut telah dipulangkan kepada keluarga Tan. Namun mereka tidak kembali semula ke banglo itu. Penduduk Rasa mengandaikan roh-roh kepada mangsa yang telah dibunuh masih berkeliaran di banglo itu menjadikannya rumah berhantu. Tan Boon Chia telah meninggal dunia pada tahun 1951. Anaknya telah mengambil alih, seterusnya memperkasakan lagi harta peninggalan keluarga dan menjadi pengusaha perladangan dan perlombongan yang berwibawa. Sebaliknya, Tan Boon Chia Mansion hanya menjadi kenangan.

Banglo tersebut telah terbiar selama setengah abad menjadikannya begitu uzur. Sehingga beberapa tahun kebelakangan ini, Tan Boon Chia Mansion telah diubahsuai semula. Pernah dinyatakan bahawa ia akan dijadikan sebagai bangunan Muzium Kebudayaan Orang Cina pada satu ketika.

Kampung Baru Rasa ditubuhkan pada tahun 1949. Selepas Perang Dunia Kedua, Rasa telah menjadi tempat PKM beraktif. Menjelang zaman Darurat, penjajah British telah membakar rumah-rumah di sekitar Rasa dan memaksa mereka berpindah. Pada ketika itu, pergerakan penduduk dan pengagihan beras kepada penduduk adalah terhad. Penduduk-penduduk kampung terpaksa menggunakan ubi kayu sebagai makanan alternatif untuk mengisi perut. Semasa Kampung Baru Rasa ditubuhkan, ia mempunyai penduduk seramai 1000 orang. Jumlah itu meningkat kepada 1120 pada tahun 1954, dan 5080 pada 1970. Walaubagaimanapun, jumlah penduduk merudum kepada 4843 pada tahun 1980 dan 2860 orang pada tahun 1995.

Berpandu kepada perangkaan, jelas terbukti peratusan penghijrahan keluar penduduk Rasa adalah amat besar. Kejatuhan sektor perlombongan bijih timah pada tahun 1970-an telah mengembalikan Rasa kepada keadaan asalnya yang sunyi dan damai. Pembukaaan Lebuhraya Utara Selatan pada tahun 1990 menyebabkan kenderaan tidak lagi mengambil jalan masuk ke Rasa. Rasa tidak dapat terlepas daripada nasib kemunduran selepas itu.

Pada tahun yang sama, nama Kampung Baru Rasa ditukar kepada Kampung Chuang. Namun penduduk tempatan telah biasa dengan sebutan Kampung Baru Rasa. Sehingga beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan perkhidmatan komuter ke Rasa sedikit sebanyat telah merancakkan semula pembangunan dengan pembangunan taman-taman perumahan dan kilang-kilang. Hari ini, Rasa adalah jauh lebih mundur berbanding dengan pekan-pekan sekitar bandar Kuala Lumpur. Jangkaan Tan Boon Chia berkenaan potensi pembangunan Rasa pada zamannya telah hancur sama sekali. Sejarah Tan Boon Chia Mansion hanyalah keluhan dan kenangan.

Sumber : Tekan Disini

 

 

 

TAN BOON CHIA MANSION

banglo

 

 

PEKAN RASA

Pekan-rasa

 

 

KEDAI DI PEKAN RASA

Kedai-kt-rasa

 

 

KOLAM MEMANCING DHA, RASA

Ini adalah tempat yang sesuai bagi mereka yang "kaki" pancing dek kerana kawasan kolamnya yang besar dan kawasan yang sesuai untuk penggemar aktiviti pancing untuk pergi.

Kolam

Kolam-2

 

Google Maps : https://goo.gl/maps/oWWGKf5wUx8zbpfw7

 

 

ALOR LEMPAH, KUALA KUBU BHARU

Kawasan ini pula memang sesuai bagi mereka yang inginkan pengalaman untuk bermandi - manda. Kawasan yang cantik menjadikan sungai ini menjadi sungai yang sesuai untuk mereka yang ingin merehatkan badan sambil bermandi - manda.

Alor-Lempah

alor-lempah-3

Google Maps : https://goo.gl/maps/Xd67hPCgtWedFEd56

 

 

SUNGAI CHILLING, KUALA KUBU BHARU

Kawasan ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin pergi menjalani aktiviti "Outdoor" dan bermandi manda di sungai. Di sini juga terdapat Kelah Santuary yang mana amatlah sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama sambil berseronok. Tempat ini amat sesuai untuk para pelancong untuk menghabiskan masa bersama keluarga kerana kawasannya yang "Nature Based" memberikan pengalaman yang gembira bersama keluarga.

Google Maps : https://goo.gl/maps/Z5gH4EohFLcxtG4J7

Sungai-Chilling-depan

Kelah

 

 

FRASER VALLEY, KUALA KUBU BHARU

Kawasan yang cantik dan antara tempat yang sesuai untuk "kaki pancingmengeluarkan alat mereka untuk menjamu hobi mereka disini kerana tempat ini membenarkan para pelanggan untuk memancing. Selain itu, di kawasan ini juga terdapat restoran untuk para pelancong untuk menjamu selera sambil melihat kawasan yang cantik.

Google Maps : https://goo.gl/maps/374HLEik2P97zzFB7

Fraser-Valley

Fraser-Valley-2

 

Tan Boon Chia Mansion

MANSION atau Rumah Agam ini telah dibina pada zaman kedatangan British di Malaysia. Ia dimiliki oleh sebuah pasangan suami isteri yang kemudiannya melarikan diri ketika Askar Jepun datang menjajah Malaysia. Rumah Agam ini telah menjadi suatu tarikan dan suatu tempat yang bersejarah. Saksikan butiran lanjut di video tertera.