Kemudahan awam yang terdapat di RASA boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelanggang sepak takraw, padang bola, jalanraya berturap, surau dan masjid turut terdapat di TAMAN KERUING RASA.

Selain itu, perhubungan awam juga menjadi mudah oleh kerana terdapat BAS SMART SELANGOR yang mana bas ini adalah percua yang memberi impak besar kepada penduduk setempat. Antara perhubungan awam yang terdapat disini adalah KTMB yang laluannya menuju ke arah RAWANG dan SUNGAI BULOH.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Bandar KUALA KUBU BHARU.

Antara kemudahan yang memberi manfaat kepada penduduk RASA ini adalah klinik kesihatan yang dekat serta berada di tengah - tengah menjadikan ia satu Centre untuk penduduk RASA mendapatkan rawatan. Serta kemudahan lain yang ada di RASA ini juga adalah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Agama, Pra Sekolah dan Tabika Kemas. Ini amatlah membantu penduduk di kawasan RASA ini oleh kerana para penduduk tidak perlu menghantar anak - anak kecil ke sekolah yang jauh.

Masjid

Masjid Al - Kholidiah Kampung Melayu Rasa

Surau

Surau Taman Keruing Rasa

Pejabat JKKK Kg. Chuang Rasa

Pejabat Pos Rasa

KTM Rasa

Bas Smart Selangor