NAMA :Manja Ain Binti Che Kamarudin 
UMUR

: 32 Tahun

AHLI

:6 JULAI 2022

 

Latar belakang

Puan Manja Ain Binti Che Kamarudin baru memulakan perniagaan di depan rumahnya iaitu dengan menjual popia goreng homemade yang dibuatnya sendiri sambil berniaga menjual kuih yang lain dan air minuman. Puan Manja Ain juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman ini di sekitar Rasa.

Pada mulanya, beliau menjual produk ini kepada jiran-jiran terdekat dan kenalan di sekitar tempat tinggalnya. Kini beliau telah mengetahui bahawa terdapat platform lain untuk meningkat hasil jualan produk beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Manja Ain hanya menggunakan aplikasi Whatsapp sahaja untuk berhubung dengan pelanggan. Puan Manja Ain juga menjalankan perniagaan dengan menggunakan penulisan dan gambar sahaja. Beliau tidak mempunyai pengetahuan asas berkenaan komputer dan menggunakan aplikasi Canva untuk menyunting gambar produk beliau. Beliau merasakan agak sukar untuk mendapat hasil dengan hanya bergantung pada platform ini sahaja

.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Puan Manja Ain mengetahui bahawa PEDi Taman Keruing Rasa boleh menjadi tempat untuk membantu usahawan mempelajari cara membuat perniagaan dalam talian.

Beliau menghadiri kelas latihan asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Keruing Rasa. Beliau telah dibantu oleh petugas PEDi cara membuat akaun Facebook Page untuk perniagaan dan mempelajari cara menyunting gambar menggunakan aplikasi Canva.

Beliau menggunakan kemudahan internet di PEDi untuk mempelajari cara pemasaran terkini. Dengan hasil pembelajaran itu, beliau mengambil keputusan untuk menjadikan Facebook Page sebagai tempat untuk mempromosikan produk beliau dengan lebih meluas di sekitar daerah Hulu Selangor. Di samping itu, beliau juga kerap hadir ke PEDi bagi mempelajari ilmu asas ICT untuk suntingan gambar produk beliau menggunakan aplikasi Canva.

 


  • Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Picture5 Picture4

 

  1. Produk / Hasil Transformasi

Picture11 Picture10

 

  1. Promosi di Media Sosial

Picture14

 


 

  

KLIK VIDEO