NAMA :Muhammad Syazmuiz Bin Samsuri 
UMUR

: 11 Tahun

AHLI

:1 OGOS 2022

 

Latar belakang

Muhammad Syazmuiz Bin Samsuri atau lebih mesra dipanggil Muiz mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 10 tahun di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak yang sentiasa bersemangat untuk mempelajari ilmu baru.

Adik Muiz merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang ICT seperti suntingan gambar dan video. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Muiz menghadiri kelas ICT di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Muiz rajin hadir ke kelas ICT yang diadakan di PEDi Taman Keruing Rasa seperti bengkel asas suntingan imej dan suntingan video.

Selain itu, Muiz gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi seperti komputer dan internet untuk bermain permainan dalam talian seperti permainan menaip dengan pantas, permainan teka bendera, permainan pendidikan (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Matematik), dan kuiz Klik Dengan Bijak. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Muiz telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke PEDi untuk mengasah lagi bakat dalam menyunting video dan gambar menggunakan aplikasi Capcut dan Canva. 

 


Picture1  Picture2

Picture3  Picture4

Picture5  Picture6

Picture7  Picture8

Picture9  Picture10

Picture11  Picture12

Picture13