NAMA :Muhammad Saniy Naufal Bin Wira  
UMUR

: 11 Tahun

AHLI

:3 JULAI 2022

 

Latar belakang

Muhammad Saniy Naufal Bin Wira atau lebih mesra dipanggil Saniy mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 10 tahun di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak yang rajin dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk mempelajari ilmu yang baru.

Saniy merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau sangat berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang suntingan gambar dan video. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Saniy menghadiri kelas ICT di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Selain itu, Saniy juga mempunyai mempunyai bakat dalam suntingan gambar. Beliau pernah bertanya mengenai aplikasi yang sesuai untuk menyunting gambar. Beliau bersedia mengenali dan memahami fungsi asas aplikasi suntingan gambar yang sesuai untuk mengembangkan idea dan bakatnya.

Saniy juga sering mengikuti bengkel asas yang dianjurkan oleh PEDi Taman Keruing Rasa. Antara bengkel yang dihadiri oleh Saniy ialah bengkel asas Microsoft Word, pengenalan asas komputer, suntingan imej, suntingan audio dan suntingan video.

Selain itu, Saniy gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi seperti komputer dan internet untuk bermain permainan dalam talian seperti permainan menaip dengan pantas, permainan teka bendera dan kuiz Klik Dengan Bijak. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Saniy telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke PEDi untuk mengasah lagi bakat dalam menyunting video dan gambar menggunakan aplikasi Capcut dan Canva. Selain itu, beliau juga telah mengetahui fungsi yang terdapat pada Microsoft Office Word dan aplikasi suntingan audio iaitu Reaper.

 


Picture1  Picture2

Picture3  Picture4

Picture6  Picture8