NAMA Nurul Farahin Binti Zalilah 
UMUR

: 33 Tahun

AHLI

:17 Januari 2024

 

Latar belakang

Puan Nurul Farahin Binti Zalilah baru memulakan perniagaan restorannya pada tahun ini iaitu Restoran Ulam Budu yang terletak di Taman Keruing Rasa. Antara menu yang disediakan ialah laksa, nasi lemak, nasi kerabu, nasi ayam dan lain-lain lagi untuk masakan tengah hari.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Nurul Farahin Binti Zalilah mempunyai pengetahuan asas berkenaan komputer dan internet, namun beliau juga tiada pengalaman dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian. Selain itu, Puan Nurul Farahin Binti Zalilah juga hanya menggunakan wang tunai sahaja untuk membuat pembayaran di restorannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Nurul Farahin Binti Zalilah menghadiri kelas latihan asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Keruing Rasa. Beliau telah dibantu oleh petugas NADI cara mendaftar dan mengemaskini lesen untuk perniagaan.  Beliau juga mempelajari cara untuk mempromosi tempahan makanan melalui platform Whatsapp.

Puan Nurul Farahin juga telah menyediakan pembayaran tanpa tunai secara dalam talian (cashless) MAE dari Maybank bagi memudahkan beliau untuk menguruskan kewangan perniagaannya.

Setelah dari itu, perniagaan mula bertambah baik. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2500 hingga RM3500.

 

 


 

  1. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Picture1   

 

  1. Produk / Hasil Transformasi

Picture2  Picture3  Picture4 

Picture5  Picture6  Picture7 

 

  1. Promosi di Media Sosial

Picture8

 

  1. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Picture9

 


 

KLIK VIDEO