NAMA :Muhammad Syamim Syarawi Bin Alwi 
UMUR

:20 Tahun

AHLI

:1 JANUARI 2023

 

Latar belakang

Muhammad Syamim Syarawi Bin Alwi merupakan seorang usahawan Minyak Habbatus Sauda. Beliau mempunyai tempat penyimpanan barang dan pejabat sendiri di Rasa. Syamim juga merupakan anak kepada usahawan yang menetap di Rasa iaitu Tuan Haji Alwi Bin Kamus.

Pada mulanya, beliau menjual produk ini kepada jiran-jiran terdekat dan kenalan di sekitar tempat tinggalnya. Kini beliau telah mengetahui bahawa terdapat platform lain untuk meningkat hasil jualan produk beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Syamim mempunyai pengetahuan asas berkenaan komputer dan menggunakan aplikasi Canva untuk menyunting gambar produk beliau. Beliau menjalankan perniagaan dengan menggunakan Whatsapp dan membuat Facebook Page bagi mempromosikan produk yang dijual. Beliau merasakan agak sukar untuk mendapat hasil dengan hanya bergantung pada dua platform ini sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Syamim mengetahui bahawa PEDi Taman Keruing Rasa boleh menjadi tempat untuk membantu usahawan mempelajari cara membuat perniagaan dalam talian.

Syamim menghadiri kelas latihan asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Keruing Rasa. Beliau telah dibantu oleh petugas PEDi cara membuat akaun Shopee untuk penjual dan mendaftar akaun penjual dalam aplikasi Tiktok.

Beliau menggunakan kemudahan internet di PEDi untuk mempelajari cara pemasaran terkini. Dengan hasil pembelajaran itu, beliau mengambil keputusan untuk menjadi content creator dan mempromosikan produk beliau sambil berniaga produk lain dalam aplikasi Tiktok. Di samping itu, beliau juga menjadi product reviewer serta melibatkan diri dalam perniagaan secara siaran langsung di dalam Tiktok. Beliau pernah menerima anugerah Top 100 Creators Tiktok pada Mei 2023.

Selain itu, beliau telah mengaktifkan akaun Shopee untuk penjual dan meletakkan produk yang dijual ke dalam platform tersebut. Setelah dari itu, perniagaan mula bertambah baik dan permintaan tempahan semakin meningkat. Beliau mendapatkan khidmat nasihat dari petugas PEDi untuk menggabungkan semua link media sosial beliau menjadi satu QR Code bagi memudahkan pelanggan untuk mengakses ke media sosial beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM4000 hingga RM5000.

 


  1. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Picture1 Picture2

 

  1. Produk / Hasil Transformasi

Picture7 Picture8

 

  1. Promosi di Media Sosial

Picture9 Picture13


 

 

KLIK VIDEO

 

 


 

 

 

NAMA :Muhammad Syazmuiz Bin Samsuri 
UMUR

: 11 Tahun

AHLI

:1 OGOS 2022

 

Latar belakang

Muhammad Syazmuiz Bin Samsuri atau lebih mesra dipanggil Muiz mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 10 tahun di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak yang sentiasa bersemangat untuk mempelajari ilmu baru.

Adik Muiz merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang ICT seperti suntingan gambar dan video. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Muiz menghadiri kelas ICT di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Muiz rajin hadir ke kelas ICT yang diadakan di PEDi Taman Keruing Rasa seperti bengkel asas suntingan imej dan suntingan video.

Selain itu, Muiz gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi seperti komputer dan internet untuk bermain permainan dalam talian seperti permainan menaip dengan pantas, permainan teka bendera, permainan pendidikan (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Matematik), dan kuiz Klik Dengan Bijak. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Muiz telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke PEDi untuk mengasah lagi bakat dalam menyunting video dan gambar menggunakan aplikasi Capcut dan Canva. 

 


Picture1  Picture2

Picture3  Picture4

Picture5  Picture6

Picture7  Picture8

Picture9  Picture10

Picture11  Picture12

Picture13

 

NAMA :Muhammad Saniy Naufal Bin Wira  
UMUR

: 11 Tahun

AHLI

:3 JULAI 2022

 

Latar belakang

Muhammad Saniy Naufal Bin Wira atau lebih mesra dipanggil Saniy mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 10 tahun di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak yang rajin dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk mempelajari ilmu yang baru.

Saniy merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau sangat berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang suntingan gambar dan video. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Saniy menghadiri kelas ICT di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Selain itu, Saniy juga mempunyai mempunyai bakat dalam suntingan gambar. Beliau pernah bertanya mengenai aplikasi yang sesuai untuk menyunting gambar. Beliau bersedia mengenali dan memahami fungsi asas aplikasi suntingan gambar yang sesuai untuk mengembangkan idea dan bakatnya.

Saniy juga sering mengikuti bengkel asas yang dianjurkan oleh PEDi Taman Keruing Rasa. Antara bengkel yang dihadiri oleh Saniy ialah bengkel asas Microsoft Word, pengenalan asas komputer, suntingan imej, suntingan audio dan suntingan video.

Selain itu, Saniy gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi seperti komputer dan internet untuk bermain permainan dalam talian seperti permainan menaip dengan pantas, permainan teka bendera dan kuiz Klik Dengan Bijak. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Saniy telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke PEDi untuk mengasah lagi bakat dalam menyunting video dan gambar menggunakan aplikasi Capcut dan Canva. Selain itu, beliau juga telah mengetahui fungsi yang terdapat pada Microsoft Office Word dan aplikasi suntingan audio iaitu Reaper.

 


Picture1  Picture2

Picture3  Picture4

Picture6  Picture8

 


 

 

 

 

NAMA :Muhammad Qaleef Muhaimin Bin Daud  
UMUR

: 11 Tahun

AHLI

:17 JUN 2022

 

Latar belakang

Muhammad Saniy Naufal Bin Wira atau lebih mesra dipanggil Saniy mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 10 tahun di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak yang rajin dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk mempelajari ilmu yang baru.

Saniy merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau sangat berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang suntingan gambar dan video. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Qaleef menghadiri kelas ICT di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Qaleef rajin hadir ke kelas ICT yang diadakan di PEDi Taman Keruing Rasa seperti bengkel asas Microsoft Word, Powerpoint, suntingan imej, suntingan audio dan suntingan video.

Selain itu, Qaleef gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi seperti komputer dan internet untuk bermain permainan dalam talian seperti permainan menaip dengan pantas, permainan teka bendera dan kuiz Klik Dengan Bijak.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Qaleef telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke PEDi untuk mengasah lagi bakat dalam menyunting video, audio, dan gambar menggunakan aplikasi Capcut, Reaper, dan Canva. Selain itu, beliau juga telah mengetahui fungsi yang terdapat pada Microsoft Office Word dan Powerpoint.

 


       

   Picture1  Picture2

Picture4  Picture5

Picture7   Picture9

      


 

NAMA :Nur Umairah Binti Abd Hafiz  
UMUR

: 11 Tahun

AHLI

:21 MAY 2022

 

Latar belakang

Nur Umairah Binti Abd Hafiz atau lebih mesra dipanggil Umairah mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 10 tahun di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak perempuan yang bijak dan sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu yang baru.

Umairah merupakan pengawas di Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau sangat berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang komputer dan internet. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT. Selain itu, beliau juga banyak menerima anugerah di sekolahnya seperti penerima anugerah terbaik dalam pertandingan nyanyian dan sukan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Umairah menghadiri kelas ICT di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Selain itu, Umairah juga mempunyai mempunyai bakat dalam nyanyian. Beliau pernah bertanya mengenai aplikasi yang sesuai untuk menyunting audio. Beliau bersedia mengenali dan memahami fungsi asas aplikasi suntingan audio yang sesuai untuk mengembangkan idea dan bakatnya.

Umairah juga sering mengikuti bengkel asas yang dianjurkan oleh PEDi Taman Keruing Rasa. Antara bengkel yang dihadiri oleh Umairah ialah bengkel asas Microsoft Word dan Powerpoint, pengenalan asas komputer, suntingan imej, dan suntingan video.

Selain itu, Umairah gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi seperti komputer dan internet untuk bermain permainan dalam talian seperti kuiz online matematik, permainan menaip dengan pantas, permainan teka bendera dan kuiz Klik Dengan Bijak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Umairah telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke PEDi untuk mengasah lagi bakatnya sebagai penyanyi dan menyunting sendiri suaranya di aplikasi Reaper. Selain itu, beliau juga telah mengetahui fungsi yang terdapat pada Microsoft Office Word, Powerpoint, serta mahir membuat suntingan gambar dan video.

1  2

4  3

 


 

KLIK VIDEO