NAMA :Abdul Ghani Bin Abu Kasim 
UMUR : 66 Tahun
AHLI  : 4 April 2022

 

Latar belakang

 

Haji Abdul Ghani Bin Abu Kasim merupakan seorang usahawan madu lebah kelulut. Haji Abdul Ghani mempunyai kebun sendiri di Rasa dan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat ternakan lebah kelulut. Madu lebah kelulut dihasilkan di situ dan mempunyai pelbagai proses yang perlu dilakukan semasa menghasilkan madu tersebut.

Pada mulanya, beliau menjual madu lebah kelulut ini kepada jiran-jiran terdekat dan kenalan di tempat kerja lamanya. Kini beliau telah menjadikan platform atas talian seperti Facebook dan Whatsapp sebagai tempat menjual madu lebah kelulut. Beliau juga baru mendaftar akaun Shopee dan akan berusaha untuk memahami serta belajar cara berurus niaga di dalam Shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Haji Abdul Ghani Bin Abu Kasim hanya mempunyai pengetahuan asas berkenaan komputer. Beliau tiada pengalaman dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian. Oleh itu, pada awal perniagaan madu lebah kelulut hanya boleh dijual melalui kenalan rapat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Haji Abdul Ghani menghadiri kelas latihan asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Keruing Rasa. Beliau telah dibantu oleh petugas PEDi cara mendaftar akaun Shopee. Selain itu, beliau juga mempelajari cara untuk mempromosi perniagaan madu kelulut melalui platform Whatsapp dan Facebook.

Maka dengan itu, beliau mengambil keputusan untuk membuat tempahan secara dalam talian dan mempromosikan ke dalam Whatsapp dan Facebook. Setelah dari itu, perniagaan mula bertambah baik dan permintaan tempahan semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 hingga RM3000.

 

1  2