NAMA :Nurul Fatihah Binti Abdul Ghani 
UMUR

: 11 Tahun

AHLI

:16 April 2022

 

Latar belakang

Nurul Fatihah Binti Abdul Ghani atau lebih mesra dipanggil Fatihah mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berusia 10 tahun di PEDi Taman Keruing Rasa. Fatihah merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau seorang kanak-kanak perempuan yang rajin dan tidak mudah berputus asa. Pada tahun ini, Fatihah merupakan penerima Anugerah Nilam Sekolah Kebangsaaan Rasa.

Fatihah sangat berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang komputer dan internet. Beliau sangat mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT. Selain itu, Fatihah juga cemerlang dalam penglibatan sukan di sekolahnya dan memenangi pelbagai anugerah yang dipertandingkan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Fatihah mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari cara melayari internet. Selain itu, Fatihah juga sering mengikuti bengkel asas yang dianjurkan oleh PEDi Taman Keruing Rasa. Antara bengkel yang dihadiri oleh Fatihah ialah bengkel asas Microsoft Word dan Powerpoint, pengenalan asas komputer, suntingan imej, dan suntingan video.

Selain itu, Fatihah gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi seperti komputer dan internet untuk bermain permainan dalam talian seperti kuiz matematik, permainan menaip dengan pantas, dan kuiz Klik Dengan Bijak. Seterusnya, beliau juga mengikuti penyertaan semasa aktiviti sempena Program Hari Bersama Komuniti PEDi Taman Keruing Rasa seperti pertandingan lumba basikal paling lambat, pertandingan rebut kerusi dan kuiz Klik Dengan Bijak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Fatihah telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar, melayari internet serta mengetahui cara memasukkan emel sendiri. Selain itu, beliau juga telah mengetahui fungsi yang terdapat pada Microsoft Office Word, Powerpoint, serta mahir membuat suntingan gambar dan video. 

 

1  2

3  4

 


 

 

KLIK VIDEO

 

 


 

 

 

 

NAMA :SYIRIN LOGES BINTI ABDULLAH 
UMUR

: 30 Tahun

AHLI

:6 SEPTEMBER 2022

 

Latar belakang

 

Puan Syirin Loges Binti Abdullah baru memulakan perniagaan restorannya iaitu Saymah Restoran yang terletak di Taman Keruing Rasa. Antara menu yang disediakan ialah sarapan pagi seperti nasi lemak, roti canai, dan mi goreng serta nasi campur untuk makan tengah hari. Puan Syirin juga menyediakan tempahan untuk majlis seperti nasi briyani dan nasi kukus.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Puan Syirin Loges Binti Abdullah tidak mempunyai pengetahuan berkenaan komputer dan internet. Beliau juga tiada pengalaman dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian. Oleh itu, pada awal perniagaan hanya dapat diketahui oleh penduduk setempat sahaja. Selain itu, Puan Syirin juga hanya menggunakan wang tunai sahaja untuk membuat pembayaran di restorannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Puan Syirin menghadiri kelas latihan asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Keruing Rasa. Beliau telah dibantu oleh petugas PEDi cara mendaftar akaun Agro Bank dan Maybank untuk perniagaan.

Selain itu, beliau juga mengikuti taklimat SSM yang disediakan secara atas talian bagi meningkatkan lagi semangat beliau untuk menjadi usahawan yang berjaya. Beliau juga mempelajari cara untuk mempromosi tempahan makanan melalui platform Whatsapp.

Puan Syirin juga telah menyediakan pembayaran tanpa tunai secara dalam talian (cashless) seperti Duit Now Public Bank, MAE dari Maybank, dan Grab Pay bagi memudahkan beliau untuk menguruskan kewangan perniagaannya.

Setelah dari itu, perniagaan mula bertambah baik dan permintaan tempahan semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2500 hingga RM3500.

 

1  2  3  4

 

NAMA :Abdul Ghani Bin Abu Kasim 
UMUR : 66 Tahun
AHLI  : 4 April 2022

 

Latar belakang

 

Haji Abdul Ghani Bin Abu Kasim merupakan seorang usahawan madu lebah kelulut. Haji Abdul Ghani mempunyai kebun sendiri di Rasa dan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat ternakan lebah kelulut. Madu lebah kelulut dihasilkan di situ dan mempunyai pelbagai proses yang perlu dilakukan semasa menghasilkan madu tersebut.

Pada mulanya, beliau menjual madu lebah kelulut ini kepada jiran-jiran terdekat dan kenalan di tempat kerja lamanya. Kini beliau telah menjadikan platform atas talian seperti Facebook dan Whatsapp sebagai tempat menjual madu lebah kelulut. Beliau juga baru mendaftar akaun Shopee dan akan berusaha untuk memahami serta belajar cara berurus niaga di dalam Shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Haji Abdul Ghani Bin Abu Kasim hanya mempunyai pengetahuan asas berkenaan komputer. Beliau tiada pengalaman dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian. Oleh itu, pada awal perniagaan madu lebah kelulut hanya boleh dijual melalui kenalan rapat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Haji Abdul Ghani menghadiri kelas latihan asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Keruing Rasa. Beliau telah dibantu oleh petugas PEDi cara mendaftar akaun Shopee. Selain itu, beliau juga mempelajari cara untuk mempromosi perniagaan madu kelulut melalui platform Whatsapp dan Facebook.

Maka dengan itu, beliau mengambil keputusan untuk membuat tempahan secara dalam talian dan mempromosikan ke dalam Whatsapp dan Facebook. Setelah dari itu, perniagaan mula bertambah baik dan permintaan tempahan semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 hingga RM3000.

 

1  2