NAMA :Muhammad Syamim Syarawi Bin Alwi 
UMUR

:20 Tahun

AHLI

:1 JANUARI 2023

 

Latar belakang

Muhammad Syamim Syarawi Bin Alwi merupakan seorang usahawan Minyak Habbatus Sauda. Beliau mempunyai tempat penyimpanan barang dan pejabat sendiri di Rasa. Syamim juga merupakan anak kepada usahawan yang menetap di Rasa iaitu Tuan Haji Alwi Bin Kamus.

Pada mulanya, beliau menjual produk ini kepada jiran-jiran terdekat dan kenalan di sekitar tempat tinggalnya. Kini beliau telah mengetahui bahawa terdapat platform lain untuk meningkat hasil jualan produk beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Syamim mempunyai pengetahuan asas berkenaan komputer dan menggunakan aplikasi Canva untuk menyunting gambar produk beliau. Beliau menjalankan perniagaan dengan menggunakan Whatsapp dan membuat Facebook Page bagi mempromosikan produk yang dijual. Beliau merasakan agak sukar untuk mendapat hasil dengan hanya bergantung pada dua platform ini sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Syamim mengetahui bahawa PEDi Taman Keruing Rasa boleh menjadi tempat untuk membantu usahawan mempelajari cara membuat perniagaan dalam talian.

Syamim menghadiri kelas latihan asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Keruing Rasa. Beliau telah dibantu oleh petugas PEDi cara membuat akaun Shopee untuk penjual dan mendaftar akaun penjual dalam aplikasi Tiktok.

Beliau menggunakan kemudahan internet di PEDi untuk mempelajari cara pemasaran terkini. Dengan hasil pembelajaran itu, beliau mengambil keputusan untuk menjadi content creator dan mempromosikan produk beliau sambil berniaga produk lain dalam aplikasi Tiktok. Di samping itu, beliau juga menjadi product reviewer serta melibatkan diri dalam perniagaan secara siaran langsung di dalam Tiktok. Beliau pernah menerima anugerah Top 100 Creators Tiktok pada Mei 2023.

Selain itu, beliau telah mengaktifkan akaun Shopee untuk penjual dan meletakkan produk yang dijual ke dalam platform tersebut. Setelah dari itu, perniagaan mula bertambah baik dan permintaan tempahan semakin meningkat. Beliau mendapatkan khidmat nasihat dari petugas PEDi untuk menggabungkan semua link media sosial beliau menjadi satu QR Code bagi memudahkan pelanggan untuk mengakses ke media sosial beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM4000 hingga RM5000.

 


  1. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Picture1 Picture2

 

  1. Produk / Hasil Transformasi

Picture7 Picture8

 

  1. Promosi di Media Sosial

Picture9 Picture13


 

 

KLIK VIDEO