NAMA :Nur Umairah Binti Abd Hafiz  
UMUR

: 11 Tahun

AHLI

:21 MAY 2022

 

Latar belakang

Nur Umairah Binti Abd Hafiz atau lebih mesra dipanggil Umairah mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 10 tahun di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak perempuan yang bijak dan sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu yang baru.

Umairah merupakan pengawas di Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau sangat berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang komputer dan internet. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT. Selain itu, beliau juga banyak menerima anugerah di sekolahnya seperti penerima anugerah terbaik dalam pertandingan nyanyian dan sukan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Umairah menghadiri kelas ICT di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Selain itu, Umairah juga mempunyai mempunyai bakat dalam nyanyian. Beliau pernah bertanya mengenai aplikasi yang sesuai untuk menyunting audio. Beliau bersedia mengenali dan memahami fungsi asas aplikasi suntingan audio yang sesuai untuk mengembangkan idea dan bakatnya.

Umairah juga sering mengikuti bengkel asas yang dianjurkan oleh PEDi Taman Keruing Rasa. Antara bengkel yang dihadiri oleh Umairah ialah bengkel asas Microsoft Word dan Powerpoint, pengenalan asas komputer, suntingan imej, dan suntingan video.

Selain itu, Umairah gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi seperti komputer dan internet untuk bermain permainan dalam talian seperti kuiz online matematik, permainan menaip dengan pantas, permainan teka bendera dan kuiz Klik Dengan Bijak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini Umairah telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke PEDi untuk mengasah lagi bakatnya sebagai penyanyi dan menyunting sendiri suaranya di aplikasi Reaper. Selain itu, beliau juga telah mengetahui fungsi yang terdapat pada Microsoft Office Word, Powerpoint, serta mahir membuat suntingan gambar dan video.

1  2

4  3

 


 

KLIK VIDEO