NAMA :Aina Sholehah Binti Mohd Rosdi
UMUR

: 12 Tahun

AHLI

:26 NOVEMBER 2023

Latar belakang

Aina Sholehah Binti Mohd Rosdi atau lebih mesra dipanggil Aina mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 11 tahun di NADI Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak yang sentiasa bersemangat untuk mempelajari ilmu baru.

Adik Aina merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang ICT seperti suntingan gambar dan video. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Adik Aina menghadiri kelas ICT di NADI Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Aina rajin hadir ke kelas ICT yang diadakan di NADI Taman Keruing Rasa seperti bengkel pengenalan asas perkakasan komputer, emel, suntingan gambar dan suntingan video.

Selain itu, Aina gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di NADI seperti komputer dan internet untuk bermain permainan pendidikan dalam talian seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Tambahan lagi, Aina juga bermain permainan pendidikan am seperti teka bendera dan teka jata negeri. Aina juga mengikuti kelas STEM/IOT & soft skills. Beliau didedahkan dengan advokasi Klik Dengan Bijak di NADI Taman Keruing Rasa

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kini Aina telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke NADI untuk mengasah lagi bakat dalam menyunting video dan gambar menggunakan aplikasi Capcut dan Canva

 

 


Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan yang dihadiri

Picture1 Picture2

Picture3 Picture4

Picture5 Picture6

Picture7 Picture8

Picture9 Picture10

Picture11 Picture12 

Picture13 Picture14

Picture15 Picture16

Advokasi Klik Dengan Bijak.

Picture17 Picture18