Tarikh & Hari  3 Julai 2022 (Ahad)
Masa  8.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta 245 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mempromosi perkhidmatan yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) serta memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk mereka kepada komuniti setempat. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan berkaitan dengan ICT dan Klik Dengan Bijak bagi tujuan meningkatkan pengetahuan serta pendedahan kepada komuniti, seterusnya melahirkan komuniti yang celik ICT. Pada masa yang sama, program ini juga dapat merapatkan silaturrahim antara pihak PEDi dengan komuniti setempat. 

 

 

Aktiviti

  • Program ini menjemput agensi-agensi yang menyediakan perkhidmatan untuk membantu usahawan dan komuniti setempat. Antara agensi yang hadir ialah Hijrah Selangor, Amanah Ikhtiar Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia, TM Unifi, dan Pengurusan Air Selangor. Beberapa usahawan PEDi yang hadir untuk mempromosikan produk mereka seperti keropok dan ice-blended, kerepek bawang, home barista coffee, dan karipap frozen homemade. Antara aktiviti yang menarik ialah kelas keusahawanan, kuiz KDB, kuiz spontan, pertandingan mewarna KDB, dan cabutan bertuah. 

 

Gambar Disini

 


 

 

Tarikh & Hari  3 Julai 2022 (Ahad)
Masa  8.30 pagi - 9.30 pagi
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  13 Orang

 

Tujuan

  • PEDi Taman Keruing Rasa telah mengadakan pertandingan mewarna yang disertai oleh 13 pelajar sekolah rendah dan pra-sekolah yang hadir pada Hari Bersama Komuniti PEDi Taman Keruing Rasa.

 

Aktiviti

  • Peserta diberikan kertas bergambar Klik Dengan Bijak dan pensel warna oleh petugas untuk mewarnakan gambar tersebut. Peserta perlu menyiapkan dalam masa 1 jam dari pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Gambar yang paling cantik adalah dikira sebagai pemenang.

 

Gambar Disini

 


 

 

Tarikh & Hari  2 Julai 2022 (Sabtu)
Masa  10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  10 Orang

 

Tujuan

  • Seramai 10 peserta dari kalangan dewasa telah menyertai Kelas Keusahawanan Bengkel Media Sosial (Facebook) yang diadakan di PEDi Taman Keruing Rasa sempena Program Hari Bersama Komuniti PEDi Taman Keruing Rasa yang bertujuan untuk mempelajari cara menjual produk menggunakan media sosial.

 

Aktiviti

  • Peserta diberi pendedahan cara membuat Facebook Page dan menggunakan fungsi yang ada pada Facebook Page untuk mempromosi dan menjual produk.
  • Bengkel tersebut dapat menggalakkan komuniti mempromosikan produk di atas talian di samping mendapat pendedahan dalam bidang ICT. 

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  2 Julai 2022 (Sabtu)
Masa  11.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  20 Orang

 

Tujuan

  • Seramai 20 peserta dari kalangan pelajar sekolah dan dewasa telah menyertai Kuiz Klik Dengan Bijak yang diadakan di PEDi Taman Keruing Rasa sempena Program Hari Bersama Komuniti PEDi Taman Keruing Rasa yang bertujuan untuk menerapkan budaya berhemah semasa melayari internet serta memberi pendedahan ilmu dalam bidang ICT kepada komuniti setempat.

 

Aktiviti

  • Peserta diberi soalan kuiz Klik Dengan Bijak dalam komputer dan peserta perlu menjawab mengikut masa yang ditetapkan. Peserta yang paling banyak mendapat markah adalah dikira sebagai pemenang.

 

Gambar Disini

 


pendedahan ilmu dalam bidang ICT

 

Tarikh & Hari  2 Julai 2022 (Sabtu)
Masa  8.30 pagi - 10.30 pagi
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  20 Orang 

 

Tujuan

  • Seramai 20 peserta dari kalangan pelajar sekolah dan dewasa telah menyertai pertandingan Sukaneka Lumba Basikal Paling Lambat dan Rebut Kerusi yang diadakan di PEDi Taman Keruing Rasa sempena Program Hari Bersama Komuniti PEDi Taman Keruing Rasa yang bertujuan untuk memperkenalkan PEDi serta merapatkan silaturrahim antara pihak PEDi dengan komuniti setempat.

 

Aktiviti

  • Untuk pertandingan lumba basikal paling lambat, peserta perlu menjadi pelumba yang terakhir sampai ke garisan penamat. Peserta terakhir adalah pemenang bagi pertandingan tersebut.
  • Untuk pertandingan rebut kerusi, semua peserta perlu berjalan mengelilingi kerusi sambil mendengar muzik. Apabila muzik berhenti dimainkan, peserta perlu merebut dan duduk di kerusi tersebut. Peserta yang tidak dapat kerusi akan disingkirkan. Peserta yang bertahan hingga ke akhir pertandingan dikira sebagai pemenang bagi pertandingan tersebut.

 

Gambar Disini