Tarikh & Hari  11 September 2022 (Ahad)
Masa  9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  2 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Tujuan bengkel ini adalah untuk menambahkan pendedahan kepada peserta mengenai cara-cara untuk membuat poster Hari Malaysia 2022 bersama gambar mereka sendiri menggunakan aplikasi Canva. Bengkel ini dihadiri 2 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah.

 

Aktiviti

  • Peserta diberi tunjuk ajar cara memotong gambar sendiri dengan menggunakan website remove.bg. Petugas membantu peserta untuk memasukkan akaun emel peserta ke dalam aplikasi Canva. Peserta diberi latihan tugasan menyunting imej poster bersempena Hari Malaysia 2022 dengan meletakkan gambar sendiri di dalam poster tersebut.

 

Gambar Disini

 


Tarikh & Hari  9 September 2022 (Jumaat)
Masa  10.30 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  3 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Tujuan bengkel ini adalah untuk melatih peserta agar mahir dalam menaip dan menggunakan segala fungsi asas di dalam Typing Games. Bengkel ini dihadiri 3 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah.

 

Aktiviti

  • Peserta menggunakan website typinggames.com yang mempunyai pelbagai permainan online berkonsepkan pembelajaran menaip. Petugas memberi penerangan mengenai cara-cara untuk bermain mengikut peraturan yang ditetapkan bagi setiap permainan online dalam website tersebut. Setiap peserta perlu menaip dengan pantas mengikut tahap yang terdapat dalam permainan online tersebut.

 

Gambar Disini

 


Tarikh & Hari  8 September 2022 (Isnin)
Masa  2.30 petang - 3.30 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  1 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta cara menggunakan komputer untuk memindahkan video dan gambar dari smartphone. Bengkel ini dihadiri 1 orang peserta dari kalangan komuniti setempat.

 

Aktiviti

  • Petugas menerangkan cara untuk mencari folder dan fail dari smartphone dengan menggunakan file manager. Dengan adanya USB cable, peserta dapat menyambungkan smartphone dengan komputer dan memilih gambar serta video yang ingin dipindahkan.

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  9 September 2022 (Jumaat)
Masa  9.00 pagi - 10.30 pagi
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  3 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Tujuan bengkel ini adalah untuk membantu peserta supaya membuat satu emel bertujuan untuk pembelajaran. Bengkel ini dihadiri 3 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah.

 

Aktiviti

  • Petugas memberi pendedahan mengenai fungsi dan kelebihan yang terdapat pada emel. Petugas juga menerangkan kepentingan privasi untuk emel. Petugas membantu peserta mendaftar akaun gmail. Kemudian, peserta diberi latihan untuk menaip dan menghantar kepada setiap peserta antara satu sama lain.

 

Gambar Disini

 


Tarikh & Hari  5 September 2022 (Isnin)
Masa  9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  1 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta cara menyunting imej produk dengan menggunakan aplikasi Canva. Bengkel ini dihadiri 1 orang peserta dari kalangan usahawan tempatan.

 

Aktiviti

  • Petugas menerangkan fungsi dan kelebihan yang terdapat pada aplikasi Canva. Peserta menggunakan aplikasi Canva ini untuk menghasilkan imej produk perniagaannya. Antara fungsi yang digunakan oleh peserta ialah pemilihan teks yang menarik dan element yang pelbagai untuk dipilih.

 

Gambar Disini