Tarikh & Hari  15 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa  9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  2 Orang 
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada peserta terhadap aplikasi Reaper. Aplikasi ini merupakan aplikasi yang membolehkan peserta merakam dan menyunting bunyi. Peserta yang terlibat merupakan 2 pelajar sekolah rendah. 

 

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan asas kepada peserta tentang aplikasi Reaper dan cara menggunakannya. Petugas juga menerangkan fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi tersebut. Selepas itu, petugas memberi latihan kepada peserta dengan merakam suara dan menyunting mengikut kreativiti sendiri.

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  12 Oktober 2022 (Rabu)
Masa  4.00 petang - 6.00 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  1 Orang 
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap Microsoft Office Word dan Google Drive, serta membantu peserta menyiapkan kerja kursus sains komputer yang diberi oleh guru sekolahnya.

 

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara menggunakan Microsoft Office Word bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Petugas juga menerangkan cara memasukkan tugasan tersebut ke dalam Google Drive.

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa  9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi  Pekan Kuala Kubu Bharu
Peserta : Pengunjung
Sukarelawan : 3 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan advokasi ini adalah bertujuan memberi taklimat ringkas dan edaran flyers kepada komuniti setempat untuk program Temasya Jalanan Kuala Kubu Bharu yang berlangsung di Pekan Kuala Kubu Bharu mengenai Etika Media Sosial. Advokasi ini disampaikan oleh sukarelawan Malaysia ICT Volunteer.

 

Aktiviti

  • Sukarelawan memberi taklimat bekaitan dengan kesan buruk sekiranya tidak menjaga etika dengan baik ketika melayari media sosial.
  • Peserta disarankan agar sentiasa berwaspada ketika melayari internet dan berkongsi maklumat peribadi agar data-data tidak akan dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

  

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  13 Oktober 2022 (Khamis)
Masa  10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  1 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara-cara memasuki webite SPA bagi menjawab peperiksaan. Bengkel ini dihadiri 1 orang peserta dari komuniti setempat.

 

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan tentang cara-cara memasuki website SPA dan menjawab peperiksaan atas talian. Peserta diberi kemudahan perkhidmatan PEDi seperti komputer dan internet yang laju bagi memudahkan peserta menjawab soalan tersebut. 

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa  2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  4 Orang 
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkakasan yang terdapat pada komputer dan mengajar mereka cara menggunakan komponen-komponen tersebut. Peserta yang mengikuti kelas ini ialah seramai 4 orang pelajar sekolah rendah.

 

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan secara asas mengenai perkakasan yang ada pada komputer seperti unit pemprosesan pusat (CPU), peranti input, peranti output dan peranti storan. Selepas itu, petugas memberi contoh perkakasan dan menunjukkan cara memasang dengan betul. Petugas juga memberi kuiz mengenai perkakasan komputer kepada peserta.

  

Gambar Disini