Tarikh & Hari  15 September 2022 (Khamis)
Masa  5.30 petang - 6.00 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  11 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Tujuan advokasi ini adalah untuk memberi pendedahan cara menjaga maklumat peribadi dan kesan buruk sekiranya seseorang individu itu memberi maklumat peribadi ke pihak yang salah.

 

Aktiviti

  • Petugas memberi penjelasan mengenai ciri-ciri maklumat peribadi dan cara mengatasi penyebaran maklumat peribadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
  • Peserta juga diberi peluang untuk menonton video-video yang berkaitan dengan kepentingan menjaga maklumat peribadi.

 


 

Gambar Disini

 


Tarikh & Hari  15 September 2022 (Khamis)
Masa  5.00 petang - 5.30 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  11 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Tujuan advokasi ini adalah untuk memberi pendedahan cara penyebaran maklumat palsu boleh berlaku sekiranya seseorang individu itu tidak mendapat maklumat yang tepat. Advokasi ini disertai oleh 11 pelajar sekolah menengah.

 

Aktiviti

  • Petugas memberi penjelasan mengenai ciri-ciri maklumat palsu dan kaedah mengatasi penyebaran maklumat palsu serta kesan penyebaran maklumat palsu.
  • Peserta juga diberi peluang untuk menonton video-video yang berkaitan dengan maklumat palsu.

 


 

Gambar Disini

 


Tarikh & Hari  15 September 2022 (Khamis)
Masa  2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  11 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara mendaftar akaun Canva. Peserta juga diajar cara untuk menyunting imej kucing menggunakan Canva. Bengkel ini dihadiri 11 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah menengah.

 

Aktiviti

      • Petugas membantu peserta untuk mendaftar akaun Canva menggunakan Facebook agar memudahkan peserta untuk akses aplikasi Canva melalui komputer dan telefon pintar. Peserta juga diberi pendedahan mengenai fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi Canva seperti templates, elements, uploads, text, photos, dan lain-lain. Peserta diberi latihan untuk menyunting imej wallpaper gambar kucing dengan menggunakan aplikasi Canva.

 

Gambar Disini

 


Tarikh & Hari  9 September 2022 (Jumaat)
Masa  12.00 tengah hari - 12.30 tengah hari
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  3 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Tujuan advokasi ini adalah untuk menyampaikan maklumat kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak melalui kuiz di website wordwall.net yang disertai oleh 3 pelajar sekolah rendah.

 

Aktiviti

  • Petugas memberi latihan kuiz secara dalam talian mengenai Klik Dengan Bijak.
  • Petugas juga menerangkan sekiranya peserta tidak memahami jawapan yang disediakan dalam kuiz tersebut. 

 

Gambar Disini

 


Tarikh & Hari  14 September 2022 (Rabu)
Masa  9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  21 Orang
Pengajar : En. Khairul Na'im

 

Tujuan

  • Tujuan bengkel ini adalah untuk menghafal warna Jalur Gemilang bersempena Hari Malaysia 2022. Di samping itu, bengkel ini dapat melatih peserta menggunakan perkakasan seperti tetikus dan semasa mewarnakan imej bendera Malaysia. Bengkel ini dihadiri 21 orang peserta kalangan pelajar pra-sekolah.

 

Aktiviti

  • Peserta diberi tugasan untuk mewarnakan bendera Malaysia melalui website kleki.com. Peserta diberi pendedahan cara menggunakan perkakasan komputer iaitu tetikus dengan betul. Peserta melatih diri semasa mewarnakan bendera dengan menggerakkan tetikus tersebut. Peserta juga diberi pengetahuan am mengenai warna-warna yang terdapat dalam Jalur Gemilang.

 

Gambar Disini