Tarikh & Hari  16 Julai 2022 (Sabtu)
Masa  2.30 Petang - 3.30 Petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta 6 Orang

 

Tujuan

  • Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk menaip dengan lancar dan tepat. Permainan dalam talian ini disertai oleh 6 orang peserta kalangan pelajar sekolah rendah. 

 

Aktiviti

  • Petugas membantu peserta menggunakan kemudahan di PEDi seperti komputer dan internet. Peserta perlu menaip dengan pantas dan tepat mengikut masa yang ditetapkan. Peserta yang berjaya menaip dengan pantas dikira sebagai pemenang.

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  9 Julai 2022 (Sabtu)
Masa  12.00 Tengah Hari - 1.00 Petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta 3 Orang

 

Tujuan

  • Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai pembelajaran kuiz matematik dalam talian yang dihadiri oleh 3 pelajar sekolah rendah.

 

Aktiviti

  • Petugas membantu peserta menggunakan kemudahan di PEDi seperti komputer dan internet bagi menjawab kuiz matematik dalam talian. Peserta perlu menjawab kuiz dengan betul mengikut masa yang telah ditetapkan.

 

Gambar Disini

 


 

 

Tarikh & Hari  7 Julai 2022 (Khamis)
Masa  11.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta 1 Orang

 

Tujuan

  • Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta mendaftar akaun Shopee. Peserta mendaftar akaun Shopee melalui akaun gmail peserta.

 

Aktiviti

  • Petugas membantu peserta untuk mendaftar akaun Shopee dengan mengisi maklumat yang diperlukan. Selepas mendaftar, peserta diberi pendedahan cara untuk mencari dan membeli produk dengan menggunakan akaun Shopee. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara untuk menebus free shipping dan cashback yang disediakan oleh Shopee.

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  9 Julai 2022 (Sabtu)
Masa  9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta 2 Orang

 

Tujuan

  • Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara mendaftar akaun Canva. Peserta juga diajar cara untuk menyunting imej menggunakan Canva. 

 

Aktiviti

  • Petugas membantu peserta untuk mendaftar akaun Canva menggunakan Facebook agar memudahkan peserta untuk akses aplikasi Canva melalui komputer dan telefon pintar. Peserta juga diberi pendedahan mengenai fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi Canva seperti templates, elements, uploads, text, photos, dan lain-lain. Peserta diberi latihan untuk menyunting imej wallpaper background komputer dengan menggunakan aplikasi Canva.

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  4 Julai 2022 (Isnin)
Masa  9.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta 1 Orang

 

Tujuan

  • Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan bantuan RM300 sebulan yang dikenali sebagai BINGKAS kepada ibu tunggal di Selangor. BINGKAS adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas dalam mendepani cabaran pascapandemik.

 

Aktiviti

  • Petugas membantu peserta untuk mendaftar akaun BINGKAS Selangor. Peserta menggunakan komputer dan internet di PEDi untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk permohonan bantuan tersebut.

 

Gambar Disini