Tarikh & Hari  7 Julai 2022 (Khamis)
Masa  11.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta 1 Orang

 

Tujuan

  • Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta mendaftar akaun Shopee. Peserta mendaftar akaun Shopee melalui akaun gmail peserta.

 

Aktiviti

  • Petugas membantu peserta untuk mendaftar akaun Shopee dengan mengisi maklumat yang diperlukan. Selepas mendaftar, peserta diberi pendedahan cara untuk mencari dan membeli produk dengan menggunakan akaun Shopee. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara untuk menebus free shipping dan cashback yang disediakan oleh Shopee.

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  4 Julai 2022 (Isnin)
Masa  9.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta 1 Orang

 

Tujuan

  • Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan bantuan RM300 sebulan yang dikenali sebagai BINGKAS kepada ibu tunggal di Selangor. BINGKAS adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas dalam mendepani cabaran pascapandemik.

 

Aktiviti

  • Petugas membantu peserta untuk mendaftar akaun BINGKAS Selangor. Peserta menggunakan komputer dan internet di PEDi untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk permohonan bantuan tersebut.

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  3 Julai 2022 (Ahad)
Masa  8.30 pagi - 9.30 pagi
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  13 Orang

 

Tujuan

  • PEDi Taman Keruing Rasa telah mengadakan pertandingan mewarna yang disertai oleh 13 pelajar sekolah rendah dan pra-sekolah yang hadir pada Hari Bersama Komuniti PEDi Taman Keruing Rasa.

 

Aktiviti

  • Peserta diberikan kertas bergambar Klik Dengan Bijak dan pensel warna oleh petugas untuk mewarnakan gambar tersebut. Peserta perlu menyiapkan dalam masa 1 jam dari pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Gambar yang paling cantik adalah dikira sebagai pemenang.

 

Gambar Disini

 


 

 

Tarikh & Hari  3 Julai 2022 (Ahad)
Masa  8.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta 245 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mempromosi perkhidmatan yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) serta memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk mereka kepada komuniti setempat. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan berkaitan dengan ICT dan Klik Dengan Bijak bagi tujuan meningkatkan pengetahuan serta pendedahan kepada komuniti, seterusnya melahirkan komuniti yang celik ICT. Pada masa yang sama, program ini juga dapat merapatkan silaturrahim antara pihak PEDi dengan komuniti setempat. 

 

 

Aktiviti

  • Program ini menjemput agensi-agensi yang menyediakan perkhidmatan untuk membantu usahawan dan komuniti setempat. Antara agensi yang hadir ialah Hijrah Selangor, Amanah Ikhtiar Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia, TM Unifi, dan Pengurusan Air Selangor. Beberapa usahawan PEDi yang hadir untuk mempromosikan produk mereka seperti keropok dan ice-blended, kerepek bawang, home barista coffee, dan karipap frozen homemade. Antara aktiviti yang menarik ialah kelas keusahawanan, kuiz KDB, kuiz spontan, pertandingan mewarna KDB, dan cabutan bertuah. 

 

Gambar Disini

 


 

 

Tarikh & Hari  2 Julai 2022 (Sabtu)
Masa  11.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta  20 Orang

 

Tujuan

  • Seramai 20 peserta dari kalangan pelajar sekolah dan dewasa telah menyertai Kuiz Klik Dengan Bijak yang diadakan di PEDi Taman Keruing Rasa sempena Program Hari Bersama Komuniti PEDi Taman Keruing Rasa yang bertujuan untuk menerapkan budaya berhemah semasa melayari internet serta memberi pendedahan ilmu dalam bidang ICT kepada komuniti setempat.

 

Aktiviti

  • Peserta diberi soalan kuiz Klik Dengan Bijak dalam komputer dan peserta perlu menjawab mengikut masa yang ditetapkan. Peserta yang paling banyak mendapat markah adalah dikira sebagai pemenang.

 

Gambar Disini

 


pendedahan ilmu dalam bidang ICT