Utama
Q2 2024 : ICT - AINA SHOLEHAH BINTI MOHD ROSDI
NAMA | :Aina Sholehah Binti Mohd Rosdi |
UMUR |
: 12 Tahun |
AHLI |
:26 NOVEMBER 2023 |
Latar belakang
Aina Sholehah Binti Mohd Rosdi atau lebih mesra dipanggil Aina mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 11 tahun di NADI Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak yang sentiasa bersemangat untuk mempelajari ilmu baru.
Adik Aina merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang ICT seperti suntingan gambar dan video. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Adik Aina menghadiri kelas ICT di NADI Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Aina rajin hadir ke kelas ICT yang diadakan di NADI Taman Keruing Rasa seperti bengkel pengenalan asas perkakasan komputer, emel, suntingan gambar dan suntingan video.
Selain itu, Aina gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di NADI seperti komputer dan internet untuk bermain permainan pendidikan dalam talian seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Tambahan lagi, Aina juga bermain permainan pendidikan am seperti teka bendera dan teka jata negeri. Aina juga mengikuti kelas STEM/IOT & soft skills. Beliau didedahkan dengan advokasi Klik Dengan Bijak di NADI Taman Keruing Rasa
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Kini Aina telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke NADI untuk mengasah lagi bakat dalam menyunting video dan gambar menggunakan aplikasi Capcut dan Canva
Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan yang dihadiri
Advokasi Klik Dengan Bijak.
KISAH KEJAYAAN : KEUSAHAWANAN (RESTORAN ULAM BUDU)
NAMA | : Nurul Farahin Binti Zalilah |
UMUR |
: 33 Tahun |
AHLI |
:17 Januari 2024 |
Latar belakang
Puan Nurul Farahin Binti Zalilah baru memulakan perniagaan restorannya pada tahun ini iaitu Restoran Ulam Budu yang terletak di Taman Keruing Rasa. Antara menu yang disediakan ialah laksa, nasi lemak, nasi kerabu, nasi ayam dan lain-lain lagi untuk masakan tengah hari.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Puan Nurul Farahin Binti Zalilah mempunyai pengetahuan asas berkenaan komputer dan internet, namun beliau juga tiada pengalaman dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian. Selain itu, Puan Nurul Farahin Binti Zalilah juga hanya menggunakan wang tunai sahaja untuk membuat pembayaran di restorannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Puan Nurul Farahin Binti Zalilah menghadiri kelas latihan asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Keruing Rasa. Beliau telah dibantu oleh petugas NADI cara mendaftar dan mengemaskini lesen untuk perniagaan. Beliau juga mempelajari cara untuk mempromosi tempahan makanan melalui platform Whatsapp.
Puan Nurul Farahin juga telah menyediakan pembayaran tanpa tunai secara dalam talian (cashless) MAE dari Maybank bagi memudahkan beliau untuk menguruskan kewangan perniagaannya.
Setelah dari itu, perniagaan mula bertambah baik. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2500 hingga RM3500.
- Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
- Produk / Hasil Transformasi
- Promosi di Media Sosial
- Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
Q1 2023 : ICT - MUHAMMAD SANIY NAUFAL BIN WIRA
NAMA | :Muhammad Saniy Naufal Bin Wira |
UMUR |
: 11 Tahun |
AHLI |
:3 JULAI 2022 |
Latar belakang
Muhammad Saniy Naufal Bin Wira atau lebih mesra dipanggil Saniy mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 10 tahun di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak yang rajin dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk mempelajari ilmu yang baru.
Saniy merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau sangat berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang suntingan gambar dan video. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Saniy menghadiri kelas ICT di PEDi Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Selain itu, Saniy juga mempunyai mempunyai bakat dalam suntingan gambar. Beliau pernah bertanya mengenai aplikasi yang sesuai untuk menyunting gambar. Beliau bersedia mengenali dan memahami fungsi asas aplikasi suntingan gambar yang sesuai untuk mengembangkan idea dan bakatnya.
Saniy juga sering mengikuti bengkel asas yang dianjurkan oleh PEDi Taman Keruing Rasa. Antara bengkel yang dihadiri oleh Saniy ialah bengkel asas Microsoft Word, pengenalan asas komputer, suntingan imej, suntingan audio dan suntingan video.
Selain itu, Saniy gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi seperti komputer dan internet untuk bermain permainan dalam talian seperti permainan menaip dengan pantas, permainan teka bendera dan kuiz Klik Dengan Bijak.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Kini Saniy telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke PEDi untuk mengasah lagi bakat dalam menyunting video dan gambar menggunakan aplikasi Capcut dan Canva. Selain itu, beliau juga telah mengetahui fungsi yang terdapat pada Microsoft Office Word dan aplikasi suntingan audio iaitu Reaper.
Q1 2024 : ICT - AZIRAH BALQISH TIUR KURNIA BINTI AZMAN NOR
NAMA | :Azrirah Balqish Tiur Kurnia Binti Azman Nor |
UMUR |
: 12 Tahun |
AHLI |
:23 OKTOBER 2022 |
Latar belakang
Azrirah Balqish Tiur Kurnia Binti Azman Nor atau lebih mesra dipanggil Balqish mula mendapat pendedahan awal komputer ketika berumur 10 tahun di NaDi Taman Keruing Rasa. Beliau seorang kanak-kanak yang sentiasa bersemangat untuk mempelajari ilmu baru.
Adik Balqish merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Rasa. Beliau berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang ICT seperti suntingan audio, gambar dan video. Beliau mudah menerima tunjuk ajar ketika mempelajari bidang ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Adik Balqish menghadiri kelas ICT di NaDi Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi komputer dan internet lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Balqish rajin hadir ke kelas ICT yang diadakan di NaDi Taman Keruing Rasa seperti bengkel asas suntingan audio, imej dan suntingan video.
Selain itu, Balqish gemar menggunakan kemudahan yang disediakan di NaDi seperti komputer dan internet untuk bermain permainan dalam talian seperti permainan teka bendera, permainan pendidikan Bahasa Melayu, STEM.IOT, advokasi dan kuiz Klik Dengan Bijak. Adik Balqish juga sering mengikuti kelas e-Tuisyen subjek Penguasaan Bahasa Jepun di NaDi Taman Keruing Rasa
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Kini Balqish telah mahir menggunakan komputer dan internet seperti menaip dengan lancar serta melayari internet. Beliau juga sering hadir ke NaDi untuk mengasah lagi bakat dalam menyunting video, audio dan gambar menggunakan aplikasi Capcut, Reaper dan Canva. Adik Balqish juga gembira mengikuti kelas e-Tuisyen subjek Penguasaan Bahasa Jepun di NaDi Taman Keruing Rasa.
Bengkel Latihan ICT/ Keusahawanan yang dihadiri
-
Laporan Aktiviti Ogos 2024 - Bengkel Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi (Pengenalan Kepada Internet – Tukar format video kepada audio
01 September 2024
Tarikh & Hari : 16 Ogos 2024 (Jumaat) Masa : 11.00 Pagi - 12.30 Petang Lokasi : NADI Taman Keruing Rasa Peserta : 1 Orang Pengajar : En.Naim Tujuan Pengenalan cara menukar format video kepada audio Aktiviti Membenarkan peserta menggunakan kemudahan internet di NADI. Membantu peserta untuk menukar fo... More -
Laporan Aktiviti Ogos 2024 - Bengkel Latihan Keusahawanan – Kedai Dalam Talian1
01 September 2024
Tarikh & Hari : 14 Ogos 2024 (Rabu) Masa : 3.00 Pagi - 4.00 Petang Lokasi : NADI Taman Keruing Rasa Peserta : 1 Orang Pengajar : En.Naim Tujuan Kelas asas Shopee untuk perniagaan secara dalam talian Aktiviti Peserta diberi pendedahan dengan modul asas keusahawanan secara dalam talian. Peserta diberi... More -
Laporan Aktiviti Ogos 2024 - Bengkel Latihan Keusahawanan – Perbankan Dalam Talian
01 September 2024
Tarikh & Hari : 14 Ogos 2024 (Rabu) Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi Lokasi : NADI Taman Keruing Rasa Peserta : 1 Orang Pengajar : En.Naim Tujuan Cara menukar password akaun Public Bank Perniagaan Aktiviti Peserta diberi pendedahan cara untuk menukar password akaun Pulbic Bank Perniagaan menggunakan w... More -
Laporan Aktiviti Ogos 2024 - Bengkel Soft Skills – Pengenalan Asas Suno AI
01 September 2024
Tarikh & Hari : 11 Ogos 2024 (Ahad) Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang Lokasi : NADI Taman Keruing Rasa Peserta : 3 Orang Pengajar : En.Naim Tujuan Menjana idea kandungan kepada bentuk muzik dengan menggunakan website Suno AI Aktiviti Peserta didedahkan ilmu asas berkaitan website Suno AI dan ciri-cir... More -
Laporan Aktiviti Ogos 2024 - STEM/IOT – Asas IOT2
01 September 2024
Tarikh & Hari : 11 Ogos 2024 (Ahad) Masa : 12.00 Petang - 1.00 Petang Lokasi : NADI Taman Keruing Rasa Peserta : 1 Orang Pengajar : En.Naim Tujuan Permainan dalam talian (STEM Games – Ben 10 Omnicode) Aktiviti Membenarkan peserta menggunakan kemudahan internet di NADI. Memberi peserta permainan dala... More -
Laporan Aktiviti Ogos 2024 - Bengkel Soft Skills – Pengenalan Asas Hedra AI
01 September 2024
Tarikh & Hari : 11 Ogos 2024 (Ahad) Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Petang Lokasi : NADI Taman Keruing Rasa Peserta : 1 Orang Pengajar : En.Naim Tujuan Menjana idea kandungan kepada bentuk video dengan menggunakan website Hedra AI Aktiviti Peserta didedahkan ilmu asas berkaitan website Hedra AI dan ciri-c... More -
Laporan Aktiviti Ogos 2024 - Bengkel Microsoft Office Word (Pengenalan Dan Latihan Asas)
01 September 2024
Tarikh & Hari : 10 Ogos 2024 (Sabtu) Masa : 3.00 Petang - 6.00 Petang Lokasi : NADI Taman Keruing Rasa Peserta : 1 Orang Pengajar : En.Naim Tujuan Pengenalan dan latihan asas Microsoft Office Word Aktiviti Mengenali fungsi yang ada pada home tab dan insert tab. Mengetahui cara menggunakan tab yang a... More -
Galeri Foto Ogos 2024 - Bengkel Multimedia (Suntingan Imej – Aplikasi Canva)
01 September 2024
Tarikh & Hari : 10 Ogos 2024 (Sabtu) Masa : 11.00 Pagi - 1.00 Petang Lokasi : NADI Taman Keruing Rasa Peserta : 1 Orang Pengajar : En.Naim Tujuan Bengkel Multimedia (Suntingan Imej – Aplikasi Canva) Aktiviti Membenarkan peserta menggunakan kemudahan internet di NADI. Memberi pendedahan fungsi yang t... More -
Laporan Aktiviti Ogos 2024 - STEM/IOT – Asas IOT1
01 September 2024
Tarikh & Hari : 9 Ogos 2024 (Jumaat) Masa : 5.30 Petang - 6.30 Petang Lokasi : NADI Taman Keruing Rasa Peserta : 6 Orang Pengajar : En.Naim Tujuan Permainan dalam talian (STEM Games – Connect IT) Aktiviti Membenarkan peserta menggunakan kemudahan internet di NADI. Memberi peserta permainan dalam tal... More -
Laporan Aktiviti Ogos 2024 - Bengkel E-Pembelajaran (Permainan Pendidikan – Matematik Tahun 6)
01 September 2024
Tarikh & Hari : 9 Ogos 2024 (Jumaat) Masa : 4.30 Petang - 5.30 Petang Lokasi : NADI Taman Keruing Rasa Peserta : 6 Orang Pengajar : En.Naim Tujuan Permainan Pendidikan Matematik Tahun 6 secara dalam talian Aktiviti Mengadakan pertandingan dalam bentuk pendidikan iaitu menjawab soalan kuiz subjek Mat... More