Tarikh & Hari 

26 November 2023 (Ahad)

Masa  8.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi  PEDi Taman Keruing Rasa 
Peserta 93 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mempromosi perkhidmatan yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) serta memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk mereka kepada komuniti setempat. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan berkaitan dengan ICT dan Klik Dengan Bijak bagi tujuan meningkatkan pengetahuan serta pendedahan kepada komuniti, seterusnya melahirkan komuniti yang celik ICT. Pada masa yang sama, program ini juga dapat merapatkan silaturrahim antara pihak PEDi dengan komuniti setempat. 

Aktiviti

  • Program ini menjemput agensi-agensi yang menyediakan perkhidmatan untuk membantu usahawan dan komuniti setempat. Antara agensi yang hadir ialah Hijrah Selangor,Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Kelas Latihan Ulu Yam.Beberapa usahawan PEDi yang hadir untuk mempromosikan produk mereka seperti karipap frozen homemade dan susu kambing R-Rayyan,Aiskrim Malaysia,Minyak kelapa dara,sabun bebas kimia,sabun cuci pinggan,air moringa homemade dan Pakej minuman coffee classic. Antara aktiviti yang menarik ialah kelas keusahawanan,kuiz spontan, pertandingan mewarna,cabutan bertuah,kuiz ICT,STEM games sugar-sugar,pertandingan menaip pantas dan pemeriksaan kesihatan (KOSPEN)


 

Gambar Disini