Kerjasama NADI dan JAPEN Daerah Hulu Selangor meriahkan Program KENALI NADI BERSAMA KOMUNITI MADANI.
Pada 4 Ogos 2024, satu program anjuran Pej. Penerangan Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama NADI Taman Keruing Rasa iaitu Program KENALI NADI BERSAMA KOMUNITI telah diadakan di NADI Taman Keruing Rasa, Rasa. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan fungsi NADI dalam komuniti serta mengeratkan ikatan kejiranan melalui pelbagai pertandingan yang diadakan seperti pertandingan Mewarna, pertandingan STEM Games, dan pertandingan Menaip Pantas.
Terima kasih kepada Tuan MOHD YUSZAIREE BIN MOHD YUNUS selaku Pembantu Penerangan Daerah Hulu Selangor kerana turut hadir ke program ini. Terima kasih juga kepada Pengurus NADI Felda Soeharto , NaDi Kalumpang Selangor , Nadi Taman Desa Kelisa kerana sudi hadir membantu menjalankan program ini.